Pages

29 September 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Assalamualaikum dan salam 1 dunia.. entri hari ni  khas utk kaum adam dan hawa dan KHAS buat
NOR FADZLY ye....bacaaaaaaaaaaa okeeee..



Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

27 September 2011

Pertukaran status dlm 50 hari lagi..8 bulan lagi....




Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.. semoga hari ni semua luar biasa bagus ye.. ececeh2.. cam Dr HM Tuah pulak aku ye.. takpe2, DrT selalu suh cakap cam ni.. luar biasa sihat, luar biasa bagus.. & cm2 lagi lah.

Hari ni tak de customer sgt... so dapat lak luang sikit masa hari ni nak post entri baru..
Refer pada title entri hari ni... hah?? korang rasa ape kali ni aku nak kongsi ea? hm... pertukaran status?
status ape tu? status FB ke?? hahahahah.. bukan lah toq... pe celop status FB sampai 50 hari .. 8 bulan... tu hari2 aku leh hupdate.. haahahahah...

Maksud aku kat sini, dalam masa kurang lebih 50 hari lagi dari tarikh dan saat ini aku akan update status baru aku... hahhahaha... status ape tu eakk... aku akan di update daripada status SINGLE kepada ENGAGED.. dulu single n available.. pasni SINGLE but SELECTED.. cam tak caye dah aku nak jadi tunangan org iaitu tunangan kepada hencek Nor Fadzly bin Hasim yg skrg ni dok tengah menuju ke pulau... kursus menyelam sambil cuci mata.. hah,,, KO HADOOO?? tak do kan? untungla pandai menyelam..aku ni, rendam kepala dalam besen pon, leh tercungap2 tau.. hahahah.. mampo??

8 bulan pulak?? hah.. yg ini SERAM sikit... sikit ke?? banyok lorrrr......... huwwwaaa nak di update status dari CIK kepada PUAN.. hm.. yg ni aku tak tahu la  nak kata happy.. OPSSSS COSS la.. nak sehidup semati dgn hencek HUBBY. sedih pon ade sbb terpaksa tinggal kan abah n mak.. 24 tahun beb, aku dijaga, ditatang bagai PETROL yg penuh ngan mak n abah..next year aku dah beralih naungan di bawah ketiak hencek FADZLY.. pas ni tiap2 malam kene cium ketiak dia.. hahahah..takpe2.. ketiak dia wangi..tak de bau hanget cam bangla mati bini.. erkk.. bangla mati bini ada bau ke?hahahahhaharrrooonnnnn.... 

ok2 balik cite tadi.. so, bile nak jadi PUAN ni..ade rasa seram sikit la.. tanggungjawab besar... wehhh dengor niiiii GEDABAK BESOOOOOOOO JAWAB YG DITANGGUNG nnt NAK BAWAK KE AKHIRAT...
bagi korang yg lom kawen (perempuan je) dah sedia ke nak jadi hamba kepada suami??? hah.. istilah hamba ni bukan cam org gaji, tapi hamba kat sini.. menjadi seorang yg taat perintah suami selagi tak bercanggah dgn agama ALLAH, klu laki ko tak bagi solat,puasa... tu ko WAJIB DERHAKA ok.. sbb?? mana ko pilih?? derhaka pada suami/Allah?? pilih..pilih... jawapan ada ditangan anda..sila bulatdan hitamkan jawapan pilihan anda..cewahh.. cam nak jawab exam lak..
Buat masa ni, aku tgh try persiapkan diri aku utk menjadi isteri yg taat, solehah dan memantapkan skill utk menjadikan isteri yg di REDHAI suami... hah.. REDHA suami, maka REDHA la ALLAH kepada isteri..amin..


ini lah cincin risik n tunang aku nanti... besar weh... puas hati dapat cincin cam ni... eh2..cop2.. bukan aku tamak HALOBA ok.. ni semua sbb jari aku besar@jari serai..so, bila pakai cincin kecik, maka, tak cantik sbb menampakkan lagi keGEMUKan jariku..dua2 ni hencek buah hati aku yg pilihkan..hm, masa ni emas tgh murah, beli kat kawasan murah... skrg emas dah naik 1g/rm210.. lebih kurang klu hari ni, dua bentuk ni lebih dari 1k wooooooooooooo.... so, nak beli cincin, carilah yg berat, sbb tahan kemek.. yg lelaki, kumpul duit dari skrg k.. 2-3 tahun lagi, emas naik lagi.. mgkin 1g/rm300.. satu cincin kompom la 2g ++.jadi, mari kita melombong di belakang rumah ,,, mana tau ada emas kat belakang rumah kan.. jgn salah lombong sudah, tak pasai2 jumpe rangka org mati.. hahahhaa.. ado???

oklah guys.. aku nak sambung keje ni.. nak ASAR dulu pe semua lah.. sebelum tu korang penah dgr lagu ni tak... LAFAZ SAKINAH?? aku dgr sedih tau.. nangis aku... huhu




Kebaikan Surah Al Khausar








Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.

18 September 2011

Tiada yg dapat difotokan kegembiraan ini...




Assalamualaikum dan selamat pagi.. eh dah dekat tengahari dah ni... tak pela.. halal je lah k.. sowey coz lama tak update blog... bz yg teramat... tapi berFB sempat pulak ye..so.. ni ade masa, curi skit la nak tulis pe yg patut..huhhuhu


Lepas raya ni, merupakan hari2 yg menggembirakan lah... ntah la, hepi je manjang... al maklum, lagi 2 bulan g majlis pertunangan aku. segala barang dah beli, dan persiapan utk majlis tu pon dah buat sikit.. lantaklah org kata, "awal lagi lah, ada lagi 2 bulan".. ops.. tu bukan cara aku kot... biar lah ape org nak kata aku ni excited nak kawen ke ape ke.. janji ape yg aku buat tu aade kualiti, teliti dan puas hati, sekurang2 nye klu tak puas hati leh tacap mane yg patut.. ye tak?
tak de ape yg menggembirakan hati aku bile mak dan abah turut serta dalam persiapan ni.. satu je prinsip aku, nak buat ape.. restu mak abah tu penting termasuk dlm alam perkahwinan nnti... 
something yg buat aku terharu, malam tadi msj dgn CINTA HATI SAYA, keluarga belah sana wat kenduri doa selamat utk majlis pertunangan kami nnti.. terharunya hai.. mana tak nye.. jari belum disarung cincin lagi, tapi majlis dah didoakan supaya selamat..amin ya rabal alamin..

oke2, cite pasal majlis tunang kami nnti, abah jemput dlm 50 org, tu belum yg bawak anak, kawan2 aku... rombongan dari Pilah, kompom lebih 100 org..so semua cenderahati aku sediakan dlm 150pcs.. sape cepat dia dpt la.. hahah..
Untuk andam, aku amik kakak member aku, kak awin.. kakak kepada widayu untong.. so, dulang n kelengkapan semua aku sewa sana je.. bujet... hahahah. tapi bujet2 pon, utk sampai ke majlis ni, dekat rm1500 aku spen.. tu tak termasuk kenduri. kenduri tu abah support... yeahhh... utk ke tahap majlis kawen, tu tak kira lagi.. aku bujet dlm 10k (kenduri abah suport) mungkin dalam 10-20k, tu sblh aku, belah laki aku tak taw bape bujet... 
ape2 pon, hope pembaca blogger turut mendoakan kami ye agar dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.. amin.. 
utk mendendangkan pembaca blogger, dgrkan lah lagu ni ye...

Labels