Pages

09 April 2009

Apa yang lelaki mahu?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.

Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Kata-kata Hikmah

Mansur bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah (antaranya ialah):

* Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

* Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

* Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

* Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

* Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

* Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

* Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

* Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

* Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

* Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

* Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

* Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

* Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

* Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

Madah Cinta Sayang

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.

Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Janganlah engkau menangis kerana gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai.

Cinta itu cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.

Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.

Segulung ijazah adalah lebih bermakna dari surat cinta.

Labels