Pages

04 September 2010

Wajah Baharu

Hari ni entah kenapa tetibe je aku nak update blog yang dah berbulan2 aku tak hupdate... hahaha
mungkin sebab ada masa terluang kot.. hah!! hari ni rasanya nak kongsi pic terbaharu aku kat korang semua.. 
2010
Inilah gambar terbaharu aku... amacam? mcm amoi duduk kat tasik tgh tgu sampan kan?? hahahha.. ape lah aku ni.. berangan je lebih...
hari ni nak buat ape ya??? tak tau dah nak kemas rumah cam ne lagi.. langsir semua aku dah turunkan.. cadar je tak tukar lagi... sok nak raya baru tukar la.. hehehhe... okey la u all.. aku nak tolong mak aku goreng rempeyek.. semalam dah buat kueh tiram.. hehhee k.. chowwwwww

29 April 2009

SENYUM di UPSI & SENYUM di Luar UPSI


senyum di upsi dan senyum di luar upsi... apakah persamaan dan apakah perbezaannya?
persamaannya senyum ialah satu perbuatan melebarkan bibir ke atas pipi sama ada secara ikhlas ataupun tidak. semua manusia boleh melakukan senyum... kalau yang tak boleh... cube sebut "Cheese" tak pun "chelsea". insya Allah akan terbentuk senyuman itu.... kalau kat UPSI ni kami dididik untuk senyum dengan sesiapa saja... sebab senyum tu satu sedekah yang tak memerlukan perbelanjaan satu sen pun.. kalau di sini, bila aku senyum.. insya Allah si penerima senyuman tu akan balas balik.. disebabkan aku selalu senyum ni lah.. terbawa-bawa sampai ke tempat kelahiran aku.. batu pahat johor.. hendak dijadikan cerita aku pergilah carfour untuk membeli kain di NAgoya... sebelum tu pergilah beli aiskrim kat kiosk aiskrim tepi pintu... kat situ mana lah ada tempat duduk, jadi kami makan sambil berjalan(jangan Ikut!!!!), sambil makan adalah mamat ni tengok aku makan aiskrim... agaknya teringin juga nak makan aiskrim.. aku pun lantas memberi senyuman dekat mamat ni seperti yang aku lakukan dekat upsi.. kenal ke tak kenal ke.. aku tetap akan bagi senyuman.. aku tak perasan dia ada awek dekat sebelah, dia bagi jelingan maut dekat aku... dan sambil berkata " apa senyum-senyum?" terkejut jugalah aku masa tu...


lantas aku menjawab.. senyum tu sedekah,dik... (aku terpaksa memanggil dirinya adik supaya aku nampak lebih tua dan dia akan hormat aku.. agaknyalah)... sedekah yang tak perlu guna duit pun.. adik tu perempuan, jagalah bahasa.. dah abang awak tu tgk akak makan aiskrim.. dia nak juga kot.. pergilah kat kiosk tu.. belikan abang awak aiskrim... jangan lupa.. senyum dekat mamat bangla tu kalau nak pahala free".. langkah seterusnya aku terus berlalu... memang tak paling-paling dah.. muka perempuan tu dah merah padam...
lagi satu senyum masa nak bayar kat kaunter.. aku punyalah... terima kasih kak..sambil tersenyum... nak tahu apa jadi??? cashier tu buat muka "ketat" macam tak datang bulan setahun (OPS!!) kalau tak percaya, pergilah mana-mana kaunter.. bukan setakat kaunter di pusat membeli-belah.. kaunter kedai makan dekat cafe khar pun macam tu juga... masam terus menerus.. tak ada nak manis2nya gula...

p/s: moralnya: susah kalau dah terbiasa senyum ni, kalau tak senyum orang kata kita sombong... biarlah kita senyum walaupun ada yang anggap kita pelik...

26 April 2009

wabak selesema khinzir H1N1

wabak baru dikenalpasti di Mexico baru2 ini iaitu wabak selesema khinzir H1N1. wabak ini melibatkan gabungan daripada burung,khinzir dan manusia... semua aktiviti kat Mexico dihentikan termasuklah persekolahan, aktiviti sukan. wabak semakin menular ke Amerika Syarikat,Kansas, New York.. buat masa sekarang ada 11 kes... 2 dimasukkan di hospital... untuk memastikan wabak ini tidak merebak ke MAlaysia, Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan sesiapa yang pergi ke Mexico dari 7 April 2009 diminta melaporkan diri ke pejabat kesihatan untuk pengesahan kesihatan. pintu masuk negara pun dijaga dengan ketat dan rakyat MAlaysia yang ingin ke Mexico juga turut dimaklumkan tentang keadaan di Mexico..  

Labels