Pages

29 April 2009

SENYUM di UPSI & SENYUM di Luar UPSI


senyum di upsi dan senyum di luar upsi... apakah persamaan dan apakah perbezaannya?
persamaannya senyum ialah satu perbuatan melebarkan bibir ke atas pipi sama ada secara ikhlas ataupun tidak. semua manusia boleh melakukan senyum... kalau yang tak boleh... cube sebut "Cheese" tak pun "chelsea". insya Allah akan terbentuk senyuman itu.... kalau kat UPSI ni kami dididik untuk senyum dengan sesiapa saja... sebab senyum tu satu sedekah yang tak memerlukan perbelanjaan satu sen pun.. kalau di sini, bila aku senyum.. insya Allah si penerima senyuman tu akan balas balik.. disebabkan aku selalu senyum ni lah.. terbawa-bawa sampai ke tempat kelahiran aku.. batu pahat johor.. hendak dijadikan cerita aku pergilah carfour untuk membeli kain di NAgoya... sebelum tu pergilah beli aiskrim kat kiosk aiskrim tepi pintu... kat situ mana lah ada tempat duduk, jadi kami makan sambil berjalan(jangan Ikut!!!!), sambil makan adalah mamat ni tengok aku makan aiskrim... agaknya teringin juga nak makan aiskrim.. aku pun lantas memberi senyuman dekat mamat ni seperti yang aku lakukan dekat upsi.. kenal ke tak kenal ke.. aku tetap akan bagi senyuman.. aku tak perasan dia ada awek dekat sebelah, dia bagi jelingan maut dekat aku... dan sambil berkata " apa senyum-senyum?" terkejut jugalah aku masa tu...


lantas aku menjawab.. senyum tu sedekah,dik... (aku terpaksa memanggil dirinya adik supaya aku nampak lebih tua dan dia akan hormat aku.. agaknyalah)... sedekah yang tak perlu guna duit pun.. adik tu perempuan, jagalah bahasa.. dah abang awak tu tgk akak makan aiskrim.. dia nak juga kot.. pergilah kat kiosk tu.. belikan abang awak aiskrim... jangan lupa.. senyum dekat mamat bangla tu kalau nak pahala free".. langkah seterusnya aku terus berlalu... memang tak paling-paling dah.. muka perempuan tu dah merah padam...
lagi satu senyum masa nak bayar kat kaunter.. aku punyalah... terima kasih kak..sambil tersenyum... nak tahu apa jadi??? cashier tu buat muka "ketat" macam tak datang bulan setahun (OPS!!) kalau tak percaya, pergilah mana-mana kaunter.. bukan setakat kaunter di pusat membeli-belah.. kaunter kedai makan dekat cafe khar pun macam tu juga... masam terus menerus.. tak ada nak manis2nya gula...

p/s: moralnya: susah kalau dah terbiasa senyum ni, kalau tak senyum orang kata kita sombong... biarlah kita senyum walaupun ada yang anggap kita pelik...

26 April 2009

wabak selesema khinzir H1N1

wabak baru dikenalpasti di Mexico baru2 ini iaitu wabak selesema khinzir H1N1. wabak ini melibatkan gabungan daripada burung,khinzir dan manusia... semua aktiviti kat Mexico dihentikan termasuklah persekolahan, aktiviti sukan. wabak semakin menular ke Amerika Syarikat,Kansas, New York.. buat masa sekarang ada 11 kes... 2 dimasukkan di hospital... untuk memastikan wabak ini tidak merebak ke MAlaysia, Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan sesiapa yang pergi ke Mexico dari 7 April 2009 diminta melaporkan diri ke pejabat kesihatan untuk pengesahan kesihatan. pintu masuk negara pun dijaga dengan ketat dan rakyat MAlaysia yang ingin ke Mexico juga turut dimaklumkan tentang keadaan di Mexico..  

Bohsia Oh BOhsia

erm.... 23 April 2009m..  tayang cerita BOHSIA  mula ditayangkan di seluruh Malaysia... tengok tajuk je kite leh tau macam ne cite tu kan??? ermm.. pengarah-pengarah kat Malaysia ni tak de cerita lain ke nak buat... bermula ngan cerita REMP-IT,mula lah pengarah2 Malaysia ni excited nak wat cite2 cam tuu... ermmm klu nak wat lakaran hidup manusia kat malaysia ni pon.. jgn lah sampai macam tu sekali... geli tau.... memburukkan lagi budaya kita... diikuti pula ngan filem BUDAK KELANTAN.... aisyy... lagi teruk.... ini menampakkan lagi betapa bodohnye pengarah2 yang buat cerita macam tu... memburukkan bangsa sendiri.. org bukan dari kelantan yang melihat cerita2 mcm tu akan terus melabel org kelantan yang berperangai mcm tu... jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga... kesian kat org lain... dapat tanggapan negatif secara percuma... lagi2 filem qubra ke sepet.... dua2 kot... adegan suami isteri yang ditunjuk2... iyak!!! bende tu patut ditapis.. bukan main lepas je... kerana filem2 mcm ni kes2 rogol, buang anak makin menjadi.. mana tak nye... bile dah tgk cite macam ni.. confirm nafsu tu tak leh bendung ye tak? so jln penyelesaian tgk blue film... tu kira ok gak... tak de mende lah sangat cume rosakkan minda gelapkan hati je... tapi ade yang sampai culik budak2, culik perempuan untuk dijadikan tempat pemuas nafsu diorang.. bila melawan.. dibunuh.... yang ade awek... lepaskan nafsu kat awek... bile awek mengandung... buat abortion (gugurkan) klu tak leh gugurkan, bile anak tu dah lahir tak tau nak simpan mana, buang kat tempat pembuangan sampahlah...tepi pokok lah.... klu buang kat umah org ke kat masjid ke.. tak pe lah juga... ade org leh jumpe... ni klu yang letak kat tepi tong sampah... anjing datang gonggong ingtkan makanan.. tak kesian keeee????? semua nye bermula dari manusia dan berakhir dengan sifat yang tidak berperikemanusiaan

17 April 2009

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Dalam sistem hidup manusia, bahasa berperanan sebagai pengawal kepada proses ketamadunan. Ibnu Khaldun dalam ‘Mukaddimah’ menyatakan bahawa sesebuah negara wujud akibat daripada wujudnya bahasa dan budaya dalam proses pembinaan tamadun dan peradaban manusia.

Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum utama ini, sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bersatu padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman-berzaman. Keagungannya tidak dapat disangkal seawal abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi yang pada ketika itu disebut sebagai ‘bahasa pasar’ kerana sifatnya sebagai ‘lingua franca’ ekonomi perdagangan dan sosial di bumi Nusantara. Pada ketika itu, tidak kiralah dari hemisfera sebelah mana, asal sahaja berhajat untuk meluaskan jalan dagangan, wajib mempelajari Bahasa Melayu.

Bukan sahaja sebagai bahasa ekonomi, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673 Sebelum Masihi di mana Pendeta I Tsing yang ingin mempelajari agama Buddha telah menuntut di Sriwijaya dan perlu mempelajari Bahasa Melayu untuk tujuan itu.

Itu semua sejarah. Masa-masa lalu yang pernah dibangga-banggakan sebelum ini. Kini, Bahasa Melayu seakan ‘melayu’ di bumi sendiri. Pelbagai langkah telah diambil untuk mengembalikan semula keagungannya, namun tidak kurang juga langkah-langkah yang ‘tersilap langkah’ seakan merendahkannya pula. Bahasa Melayu yang dahulunya dipandang sebagai ‘lingua franca’ dunia perdagangan dan ilmu, kini dikelaskan sebagai ‘bahasa kampungan’ yang tidak mampu membawa pengamalnya ke arah kemajuan.

Bertitik-tolak dari ini, keagungan bahasa Melayu terus merudum dan dipandang sepi. Bahasa ilmu dan perdagangan atau kini disebut sebagai bahasa kemajuan dirampas oleh bahasa Inggeris akibat daripada suatu peralihan pesat yang dipanggil globalisasi. Lebih mendukacitakan, wujud pula satu golongan yang digelar ‘Inggerisofili’ yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris; budaya ‘pelacuran’ bahasa wujud dan berleluasa tanpa sebarang sekatan.

Di kalangan golongan elit Malaysia juga telah timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi. Selain itu penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta juga tidak pernah tergugat atau digugat (Hashim Musa 1996).

Satu lagi titik besar yang merubah martabat dan kedudukan bahasa Melayu adalah Akta Pendidikan 1996, tafsiran Seksyen 2 yang menerangkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.

Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan iaitu dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.

Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. Namun, dengan pengecualian ini, wujudlah idea pembelajaran ilmu sains dan metametik dalam bahasa Inggeris sebagai syarat kononnya bagi mempersiapkan generasi pelapis negara dengan ilmu kemajuan; menerusi bahasa yang dipanggil ‘bahasa kemajuan’.
Terbaru, tiga langkah utama yang dirangkum daripada 13 syor telah ditetapkan bagi memperkasakan bahasa Melayu iaitu meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mengiktiraf peranan Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan (JKIMBK) dan usaha merancakkan industri buku kebangsaan.

Enam jawatankuasa dibentuk bagi melaksanakan program dan tindakan daripada 13 syor tersebut yang terdiri daripada Jawatankuasa Dasar Buku Negara, Jawatankuasa Dasar Bahasa dan Garis Panduan Pelaksanaan, Jawatankuasa Kerja Media Massa dan Jawatankuasa Penggalakkan /Pemupukan dan Kegiatan, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam dan Jawatankuasa Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta.

Tidak cukup dengan itu, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai berkata Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan Parlimen yang akan menyambung persidangan selepas Hari Raya ini. Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam.

Satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan (penulis lebih setuju jika dirujuk sebagai bahasa Melayu) terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang digunapakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa.

Langkah-langkah ini diambil mungkin kerana sudah timbul kesedaran akibat daripada pengamatan sejarah lampau ataupun pengamatan ke arah hemisfera yang tidak luntur kecintaan pada bahasa natifnya, namun masih lagi mampu bergelar negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman mungkin. Kerana ini kita benar-benar bersyukur.

Perlu diperhalusi, bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah, maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini.

11 April 2009

Assigment yg telah aku buat bersama rakan2

Wanita & Perkahwinan.. Lelaki Muda VS Lelaki Tua

KATEGORI WANITA YANG TERLIBAT DENGAN PERKAHWINAN JARAK USIA.

Wanita Korporat atau Berpendidikan Tinggi.

Malaysia adalah antara negara yang kini melalui perubahan sosio-ekonomi dan budaya yang ketara berikutan semakin ramai rakyat wanitanya yang dalam peringkat umur layak berkahwin, memilih untuk mengejar ilmu dan memantapkan kerjaya dan kedudukan ekonomi masing-masing daripada memulakan keluarga sendiri.

Kajian Mengenai Penduduk dan Keluarga Kebangsaan terakhir yang dibuat dua tahun lalu jelas menunjukkan peningkatan fenomena kahwin lewat di kalangan wanita berpendidikan tinggi Pemangku Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Aminah Abdul Rahman berkata, fenomena itu juga telah memaksa semakin ramai wanita berpelajaran tinggi berkahwin dengan lelaki yang bukan sahaja lebih muda daripada mereka, tetapi juga mempunyai tahap pendidikan dan kedudukan ekonomi lebih rendah. Beliau berkata, apa yang dimaksudkan lebih usia ialah jarak usia antara lelaki dan wanita itu melebihi daripada tujuh tahun ke atas daripada pasangan.

Merujuk kepada kertas kerja yang bertajuk 'Perkahwinan dan Pembentukan Keluarga di Malaysia' oleh Profesor Madya Tey Nai Peng dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan bertemakan "Membina Generasi Masa Depan" baru-baru ini, Aminah berkata: "Trend wanita berpendidikan tinggi berkahwin lelaki muda yang yang statusnya lebih rendah daripada mereka itu ketara dalam kalangan mereka yang berkahwin selepas melepasi umur 30 tahun." Keadaan ini, katanya, berlaku kerana wanita dalam golongan itu sukar mencari pasangan yang setanding dengan mereka dari segi umur, pendidikan dan status ekonomi kerana kebanyakan lelaki yang memenuhi kriteria itu telahpun berkahwin. Biasa kita dengar doktor berkahwin dengan mat despatch, pengarah eksekutif berkahwin dengan kerani, dan sebagainya. Hal ini berlaku mungkin disebabkan tiada pilihan kerana rata-rata lelaki yang setaraf dengan mereka telah berkahwin. Jadi, mereka hanya mengambil jalan mudah agar tidak digelar andartu oleh masyarakat dengan berkahwin dengan mana-mana lelaki agar stigma masyarakat dapat diubah. 


Wanita Yang Terlibat Dengan Dunia Hiburan/ Selebriti


Kategori yang kedua wanita yang banyak terlibat dengan perkahwinan jarak usia ialah golongan artis ataupun selebriti. Boleh dikatakan trend zaman sekarang iaitu golongan artis wanita berkahwin dengan pasangan yang jarak usia tidak kiralah lebih tua ataupun lebih muda. Buktinya dapat dilihat dalam kajian kami yang menemukan lima artis wanita dan seorang selebriti yang bertemu jodoh dengan pasangan yang lebih muda.

Buktinya, menduduki senarai teratas trend artis berkahwin dengan ‘pucuk muda’ ialah pelakon, Rosnah Mat Aris, 54, yang memilih lelaki bujang, Tajul Efendie Isa, 28. Perbezaan umur di antara mereka ialah 26 tahun. Kemudian diikuti Khalidah Adibah Ahmad, 52, atau nama komersialnya, Aida Radzwil yang berkahwin dengan Joe Radzwill, 39, pada 2002 (beza 13 tahun). Mereka disusuli pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 33, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 22, (beza 11 tahun) melalui perkahwinan mereka yang mencetus kontroversi hujung tahun lalu. Seterusnya, penyanyi dangdut, Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda, 40-an dan guru, Shukri Hashim 30-an (beza 10 tahun) serta personaliti TV3, Azizah Ariffin, 40, dan Eksekutif Pemasaran di Jabatan Pemasaran TV3, Mohd Khafairil Mohd Khalil 30, (beza 10 tahun). Pasangan terbaru yang memasuki senarai ialah pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, dan koreografer popular, Linda Jasmine Hashim, 37 (beza tujuh tahun), yang selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ini.


Menurut mereka ini, perkahwinan mereka adalah berdasarkan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t . Pada awalnya, mereka tidak menyangka jodoh mereka adalah dengan lelaki yang lebih muda, tetapi cinta tidak mengenal usia. Rata-rata mereka ini menjadikan cinta sebagai faktor utama hubungan mereka terjalin. Mereka juga menyangkal kononya lelaki muda tidak matang kerana berdasarkan pengalaman mereka, setelah bergelar suami, mereka tahu menunaikan tanggungjawab masing-masing dan bertindak sebagai ‘kepala’ keluarga walaupun usia pasangan mereka muda. Bagi aktres, Aida Radzwill , hidup dengan berlandaskan hukum agama menjadi pegangannya dalam melayari kehidupan berumah tangga. “Kahwin lelaki muda, sama usia atau lebih tua, cabarannya tetap sama. Kita perlu jujur dengan diri sendiri dan berpegang kepada ajaran Islam,” katanya yang meniti kehidupan bahagia bersama Joe kira-kira tujuh tahun. Tambahnya lagi, “Walaupun dia lebih muda, sikapnya matang. Dia boleh mendengar kata-kata saya dan kami sentiasa berbincang. Segala keputusan dalam sesuatu perkara, kami lakukan bersama,”. 


Selain daripada berkahwin dengan lelaki muda, golongan artis dan selebriti ini juga cenderung untuk memilih lelaki yang berusia. Antaranya ialah bekas pengacara Nona TV3 iaitu Norjuma Habib Mohamed dan Norazlina Redzuan serta bekas pembaca berita TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim. Norjuma yang kini dikenali sebagai Datin Norjuma Habib Mohamed bertemu jodoh dengan pasangannya iaitu Datuk Mohamd Nazim Tun Abdul Razak ketika masing-masing berusia 25 tahun dan 43 tahun dengan beza jarak usia sebanyak 18 tahun. Norazlina Redzuan pula yang juga kini berpangkat Datin Norazlina menjadi pasangan hidup kepada Datuk Yusof Annuar Yaacob iaitu Ceo Tm International dan selebriti yang paling menjadi perhatian apabila bekas pembaca berita TV3 iaitu Azrinaz Mokhtar yang bertemu jodoh dengan lelaki terkaya di dunia pada waktu itu dengan anggaran asetnya mencecah AS$40 bilion (RM148 bilion) pada 1997 iaitu Sultan Hasanah Bolkiah, Sultan Brunei. Ketika berkahwin berumur 28 tahun manakala Sultan Bolkiah pula berumur 58 tahun dengan beza jarak usia sebanyak 30 tahun. Azrinaz kini mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.
 Perkahwinan jarak usia golongan artis dan selebriti menjadi topik dalam golongan masyarakat berbanding kategori lain kerana masyarakat mengganggap artis atau selebriti ini mengambil kesempatan di atas ke’popular’an mereka untuk mendampingi orang kelas atasan (VVIP) ataupun korporat demi menjamin hidup . Perkahwinan selebriti lebih mencuri tumpuan berikutan status mereka Ada juga yang mengatakan cara itu membolehkan mereka menyertai golongan elit dan kelas tertentu.Kesenangan dimiliki dan kehidupan mewah yang dinikmati daripada perkahwinan itu bagaikan mempengaruhi wanita muda hari ini untuk turut menagih cinta lelaki berusia yang kaya raya. Bagi artis wanita yang berkahwin dengan lelaki muda pula dianggap kerana mahu mencari teman hidup setelah lama bersendirian. Rata-rata artis yang terlibat dengan perkahwinan dengan lelaki muda adalah janda.


Golongan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Untuk kategori pelajar, golongan ini lebih cenderung untuk memilih pasangan yang lebih tua berbanding dengan pasangan sebaya atau lebih muda. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor pemikiran (yang dikatakan lelaki berusia lebih matang ) dan juga ekonomi kerana golongan pelajar boleh dikategorikan sebagai golongan yang masih muda yang mana mereka masih lagi terlibat dalam bidang pembelajaran dan masih lagi goyah dari segi ekonomi serta hala tuju hidup. Sebab itulah, golongan ini dikatakan lebih cenderung kepada pasangan yang lebih tua.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini bagaikan menjadi satu aliran di kalangan gadis muda di negara ini memilih jejaka kaya yang berusia sebagai teman hidup. Jika jarak umur itu lima hingga 10 tahun mungkin tidak mengapa, tetapi sekiranya lelaki berkenaan layak dipanggil bapa berikutan perbezaan umur yang begitu ketara, tentu mengundang tohmahan.
 Satu kajian yang dijalankan mendapati 65 peratus (65%) gadis muda hari ini sanggup memilih lelaki berusia yang berharta pada peringkat umur 40 hingga 50 tahun sebagai calon suami, manakala 12 peratus (12 %) lagi menyatakan kesediaan untuk mengahwini lelaki sebegitu pada lingkungan umur antara 51 hingga 60 tahun. Kajian itu dilakukan Pensyarah Kanan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dr Rusinah Siron dan Sabariah Siron pada 2006 dalam kalangan pelajar wanita institusi pengajian tinggi (IPT) berusia antara 21 hingga 28 tahun seolah-olah mengesahkan senario berkenaan. Dr Rusinah berkata, hasil kajian mengejutkan itu mendapati kebanyakan responden memberikan alasan seperti latar belakang hidup yang susah, jadi mereka mahukan seseorang yang boleh digantung harap dari segi ekonomi khususnya dan selain daripada inginkan jaminan masa depan sehingga mendorong kebanyakan gadis muda hari ini untuk memilih suami yang berharta, walaupun perbezaan umur begitu ketara. Kebanyakan responden mengakui masa depan dan hala tuju kerjaya wanita tidak dapat diteka, oleh itu mereka lebih cenderung untuk mencari jalan yang selamat dengan memilih pasangan yang lebih kukuh dan dari segi ekonomi demi menjamin keselamatan hidup untuk jangka masa yang panjang . Responden berpendapat dengan mengahwini lelaki yang berharta walaupun sudah berusia memberi peluang kepada mereka untuk menikmati hidupyang lebih selesa tanpa perlu bekerja keras. 
 Kajian bertajuk ‘Pemilihan Lelaki Berusia dan Berharta Sebagai Pasangan Hidup - Kenyataan atau Kebetulan’ itu dijalankan ke atas 350 pelajar wanita universiti swasta dan 700 pelajar di dua universiti awam terpilih bermula Januari hingga Mac tahun lalu.Responden yang berusia antara 21 tahun hingga 28 tahun adalah daripada pelbagai program pengajian dan objektif kajian berkenaan dijalankan bagi melihat perspektif dan fokus pemikiran golongan wanita muda terpelajar dalam mencari pasangan hidup. Selain itu, hasil kajian itu juga menunjukkan 70 peratus (70%) responden percaya pemilihan lelaki berusia dan berharta sebagai suami akan mengubah gaya hidup dan cita rasa mereka terhadap kehidupan. Jika selama ini si dara lebih cenderung terhadap muzik moden dan rancak seperti hip hop, pop dan rock, perkahwinan berkenaan mungkin akan membuatkan mereka terpaksa bertukar selera kepada muzik kegemaran suami, khususnya klasik


 Namun begitu, Rusinah berkata, kecenderungan gadis muda dan pelajar dalam memilih calon suami berusia itu bukan sekadar mengimpikan kemewahan, sebaliknya lelaki tua dikatakan lebih memahami dan mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik. Lelaki berusia dikatakan lebih romantis, sensitif, sabar layan kehendak isteri serta mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsi. Golongan ini berpendapat berbanding lelaki muda, lelaki berusia dikatakan tidak membosankan. Mereka tidak lokek berbelanja dan suka berjenaka serta mempunyai banyak cerita melucukan untuk dijadikan bahan perbualan. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ini, boleh dikatakan hampir 70 peratus (70%) golongan pelajar bersedia untuk mencari pasangan yang lebih berusia demi menjamin kehidupan untuk jangka masa panjang.

Konklusinya, walau siapa pun pilihan wanita, tidak kira lelaki muda atau tua yang paling utama untuk difikirkan ialah setiap keputusan diambil dalam aspek memilih jodoh perlulah lahir daripada perasaan yang jujur dan ikhlas tanpa paksaan atau dorongan yang dikaburi dengan kebendaan, sekali gus tidak timbul prasangka terhadap pasangan kelak kerana kebahagiaan bukan terletak pada kebendaan semata-mata, tetapi cara kita melihat kehidupan itu sendiri. Namun begitu, jika dilihat dalam perspektif Islam, agama menggalakkan kita untuk mencari pasangan yang sekufu atau ‘kafaah’ yang didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. Persamaan ini ditekankan dalam Islam kerana Islam melihat isu persamaan sebagai isu yang global. Hal ini kerana sebaiknya kedua-duanya haruslah setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.


09 April 2009

Sayang ketika ianya ada.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. “Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

“Laila…” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. “Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.” “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “Laila…” “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Tip memikat hati wanita bijak

1. Pastikan anda menjaga kebersihan diri. Wanita bijak mungkin tidak terlalu terpengaruh dengan rupa, tapi kebersihan masih menjadi keperluan utama.

2. Berkelakuan baik. Bergurau ringkas tidak mengapa, tapi tetap berhati-hati agar tidak membuatkan mereka terasa atau berkecil hati.

3. Elakkan mencarut atau melontarkan kata-kata kesat di depan mereka. Perbuatan ini langsung tidak cool.

4. Jangan ambil kesempatan. Walaupun mereka mungkin memberi isyarat yang mereka juga minat kepada anda, tidak bermakna anda boleh semudah-mudahnya menyentuh atau mengambil kesempatan terhadap mereka.

5. Sekali-sekala berikanlah pujian ikhlas anda, jika tidak kepada fizikal mereka, apa salahnya memuji sikap atau personaliti mereka. Tapi ingat, pujian harus jujur!

6. Jangan cuba-cuba mengkhianati hubungan kerana mereka akan mudah menganggap anda lelaki tidak berguna.

7. Jadi lelaki budiman. Bukan hanya pada wanita yang anda suka, tapi kepada semua yang ada di sekeliling anda.

8. Jadi pelindung dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri mereka.

9. Jadikan mereka percaya kepada anda. Simpan rahsia, luahan emosi atau apa saja yang mereka kongsi bersama anda.

10. Babitkan diri dalam perbualan intelek. Bukan hendak menunjuk pandai, tapi buktikan anda juga memiliki kekuatan intelek dan boleh diajak berbincang. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang.

Apa yang lelaki mahu?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.

Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Kata-kata Hikmah

Mansur bin Ammar Rahimahullah Taala berkata; terdapat kata-kata hikmah (antaranya ialah):

* Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

* Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

* Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

* Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

* Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

* Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

* Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

* Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

* Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

* Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

* Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

* Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

* Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

* Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

Madah Cinta Sayang

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.

Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Janganlah engkau menangis kerana gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai.

Cinta itu cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita cintai tidak turut sama menikmatinya.

Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.

Segulung ijazah adalah lebih bermakna dari surat cinta.

21 February 2009

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

KOLEKSI NOVEL R.A.M

Saya peminat novel-novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Saya tak ingat sejak bila saya mula membaca novel-novel tulisannya. Serasa saya tahun 2001 mungkin. Novel pertama yang saya beli ialah Mandatori, diikuti dengan Rangau, Tombiruo dan akhirnya tersampuk dengan semua siri novel tulisannya.Novel-novelnya sarat dengan kisah percintaan (yang tidak meloyakan), aksi, kekeluargaan, nasihat, agama, kehidupan dan yang penting..THRILLER.
***********************************************************************************
sedikit biodata RAM



Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk “thriller” dan seram.
**********************************************************************************



Sinopsis : MANDATORI

Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!



Sinopsis : RANGGAU


Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.



Sinopsis : TOMBIRUO


Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.



Sinopsis : SEMANGAT HUTAN

Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar… gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?



Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR


KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat ‘Amiruddin’ dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan ‘Seorang Tombiruo’. Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah ‘Tombiruo Terakhir’ yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? Tombiruo Terakhir… rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.


Sinopsis : SATU JANJI




Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.



Sinopsis : ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)


DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA…Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…



Sinopsis : HATIKU DI HARAJUKU


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?



Sinopsis : RAHSIA PERINDU


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!



Sinopsis : UNGU KARMILA


ATAS nama cinta… mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.Beberapa tahun berlalu… vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi… hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!



Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI


Haryani dan Laksamana Sunan…
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


Sinopsis : CINTA SANG RATU


Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!



Sinopsis : HIJAB SANG PENCINTA


RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi. HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini…

secarik kata hati

Teman, aku ingin.....
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrengut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.

Jadilah WANITA paling BAHAGIA

TIDAK... Bagi perbuatan yang dapat menyia-nyiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

TIDAK... Bagi sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, ketimbang sikap arif untuk menjaga kesehatanmu, kebahagiaanmu, dan waktu istirahatmu.

TIDAK... Bagi perangai yang suka memata-matai kesalahan orang lain, menggunjing aib orang lain (ghibah) dan melupakan aib diri sendiri.

TIDAK... Bagi perangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

TIDAK... Bagi sikap yang selalu menghabiskan waktu bersama para pengangguran, dan memboroskan waktu berjam-jam untuk bergurau dan bermain.

TIDAK... Bagi perilaku acuh terhadap kebersihan dan keharuman tubuh, serta masa bodoh dengan tempat tinggal dan ketertiban lingkungan.

TIDAK... Bagi setiap minuman yang haram, rokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

TIDAK... Bagi sikap yang selalu mengingat-ingat kembali musibah yang telah lalu, bencana yang telah terjadi, atau kesalahan yang terlanjur dilakukan.

TIDAK... Bagi perilaku yang melupakan akhirat, yang lalai membekali dirinya dengan amal saleh untuk menyongsongnya, dan yang lengah dari peringatan tentang kedahsyatannya.

TIDAK... Bagi perangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat memangkas perkara-perkara ketaatan.



YA... Untuk senyummu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.

YA... Untuk kata-katamu yang baik, yang membangun persahabatan dan menghapuskan rasa benci.

YA... Untuk sedekahmu yang dikabulkan, yang membahagiakan orang-orang miskin, menyenangkan orang-orang fakir, dan mengenyangkan orang-orang lapar.

YA... Untuk kesediaanmu duduk bersama Al-Qur'an seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

YA... Untuk kesediaanmu berdzikir, beristighfar, tenggelam dalam doa, dan senantiasa memperbaiki taubatmu.

YA... Untuk usahamu dalam mendidik anak-anakmu dengan agama, sunnah, dan nasihat yang bermanfaat bagi mereka.

YA... Untuk rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, karena hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

YA... Untuk pergaulanmu dengan wanita-wanita yang baik dan takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati nilai-nilainya.

YA... Untuk baktimu terhadap orangtua, silaturahim pada saudaramu, menghormati tetangga, dan menyantuni anak-anak yatim.

YA... Untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan.

Sumber : Dikutip dari buku "Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia" - DR. Aidh al-Qarni

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Labels